
Sempena Hari Raya Aidiladha , sesetengah umat Islam menjalankan ibadah korban seperti yang disyariatkan. Daging korban tersebut akan diagihkan sesama umat Islam terutamanya kepada fakir miskin.
Sehubungan itu, cara penyimpanan daging korban yang betul perlu dititikberatkan untuk mengelakkannya daripada dicemari kuman, bendasing dan bahan pencemar yang lain.
Berikut dikongsikan saranan penyimpanan daging korban yang betul bagi mengekalkan kualiti, kebersihan dan kesegarannya sepanjang tempoh penyimpanan.
#KKMPrihatin#SihatBersama#MalaysiaMadani#MalaysiaSihat
Sumber : https://www.facebook.com/kementeriankesihatanmalaysia