Tasik Hati yang terletak di Jerantut, Pahang semakin dikenali ramai. Bukan sahaja bagi warga Jerantut, malah sudah mula menjadi perbualan seluruh semenanjung. Jika di Jerantut, lokasi ini sudah menjadi lokasi wajib “Outdoor Photo Shoot” bagi pasangan pengantin baru, dan terkini kawasan ini juga telah dilengkapi dengan pelbagai aktiviti suka lasak.
Selain dari “Via-Ferrata” sepanjang 200 meter, tasik hati juga dilengkapi dengan “Zip Line” sepanjang 202 meter. Pengunjung juga berpeluang bermain kayak di dalam tasik hati ini dengan kelengkapan keselamatan yang turut disediakan.