mcmc
Keselamatan

TAHUKAH ANDA? ANCAMAN KESELAMATAN BUKAN TRADISIONAL

🚨 TAHUKAH ANDA?

ANCAMAN KESELAMATAN BUKAN TRADISIONAL

Ancaman Keselamatan Bukan Tradisional ialah ancaman terhadap keselamatan negara yang tidak melibatkan serangan ketenteraan secara langsung oleh sesebuah negara, tetapi berpunca daripada pelaku bukan negara (non-state actors), faktor teknologi, ekonomi, sosial, alam sekitar dan jenayah rentas sempadan.

Walaupun negara tidak berhadapan ancaman keselamatan tradisional melibatkan pelaku negara, ancaman baharu yang didalangi oleh pelaku bukan negara seperti jenayah rentas sempadan, penyeludupan, pemerdagangan manusia dan aktiviti haram lain menuntut pendekatan keselamatan yang lebih menyeluruh, pintar dan bersepadu.

Ancaman ini bukan sahaja memberi kesan langsung kepada keselamatan rakyat dan ekonomi negara, malah berpotensi menggugat integriti wilayah serta kedaulatan Malaysia.

Kementerian Dalam Negeri (KDN) komited memperkukuh kawalan sempadan, mempertingkat keupayaan penguatkuasaan dan memanfaatkan teknologi moden demi memastikan keselamatan negara terus terpelihara. Keselamatan negara adalah tanggungjawab bersama.

📌Sumber:
Pelan Induk Kawalan Keselamatan Sempadan Negara, Kementerian Dalam Negeri 2026–2030

#TahukahAnda#KeselamatanNegara
#KeselamatanSempadan
#AncamanBukanTradisional
#KDNMADANI#MalaysiaMADANI
#RancakkanMADANI
#KeselamatanTanggungjawabBersama

Sumber : https://www.facebook.com/maritimmalaysia