Pejabat Kemas Daerah Jerantut telah menganjurkan satu kursus asas komputer untuk belia yang diadakan di Pusat Internet 1 Malaysia Kg Batu Embun. Kursus Asas Komputer itu melibatkan seramai 15 orang peserta yang terdiri daripada belia berumur 18 sehingga 38 tahun. Kursus yang diadakan selama 2 hari itu bermula 18 & 19 hb Mei 2016 melibatkan Kursus Asas Microsoft Office Word Excel & Powerpoint. Kursus yang di adakan itu diajar oleh Pengurus & Penolong Pengurus Pusat Internet 1 Malaysia Kg Batu Embun.