mcmc
Kisah Kejayaan

KEUSAHAWANAN : SITI ZULAIKA BINTI SAZALI

Nama : Siti Zulaika Binti Sazali
Umur : 38
Ahli : 2020

Latar Belakang
Zulaika seorang suri rumah yang berminat untuk membuka kedai makan secara kecil-kecilan di kampung. Tetapi beliau kurang ilmu perniagaan dan ingin belajar dahulu berkenaan resepi baru dan terkini sebagai persediaan beliau untuk memulakan perniagaan kedai makan secara kecil-kecilan. Beliau datang ke NADI Kampung Batu Embun kerana ternampak iklan NADI berkenaan kelas MAHIR MASAK pengambilan pertama yang menawarkan kelas MAHIR MASAK yang memberı peluang kepada suri rumah untuk menyertai kelas mahir masak di NADI yang selama beberapa bulan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI
Beliau mempunyai asas dalam bidang teknologi maklumat. Beliau mempelajari asas media sosial, penyuntingan imej dan flyer. Beliau meluaskan pasaran dalam talian dengan iklankan produk jualan di media social seperti Facebook, Instagram dan Whattapss. Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM 2000 sahaja sebulan sebelum kelas asas ict di NADI. Kesedaran penggunaan platform digital sebagai platform untuk pasaran terkini dan memberi kesan leblh efektif menimbulkan rasa minat beliau untuk terus mempelajari pelbagai platform digital seperti penjualan di TikTok semakin mendapat tempat di kalangan pembeli. Kos untuk membuat pengiklanan digital memerlukan jumlah besar, bagi penjimatan kos pengiklan beliau mempelajari pelbagai aplikasi seperti Tik Tok, Cap Cut, Canva dalam penghasillan video pendek iklan produk jualan beliau.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI
Melalui kelas Mahir Masak Zulaika belajar pelbagai teknik, kaedah resepi menu yang terkini dan beliau rajin mencuba dan belajar membuat di NADI menggunakan peralatan yang disediakan di NADI. Berkat kesungguhan beliau belajar dan tidak pernah ponteng kelas Mahir Masak dan turut menyiapkan tugasan yang diberikan oleh Cikgu Mahir Masak, Zulaika berjaya menempat kan nama beliau dalam 10 Terbaik peserta Mahir Masak Pahang dan akan bertanding dalam COOKING STAR PAHANG. Beliau merupakan wakil tunggal peserta Mahir Masak Kluster Jerantut yang terpilih mewakili NADI Kampung Batu Embun dalam Cooking Star Pahang