Kuih-kuih tradisional di Pahang kian pupus kerana generasi kini sudah tidak ambil peduli tentang pembuatan kuih-kuih tradisional ini antaranya adalah kuih pena.

Lemang periuk kera adalah antara menu ‘rare’ yang agak susah untuk didapati kerana kelongsong lemang ini menggunakan sejenis tumbuhan bernama periuk kera. Rasanya yang unik dan berlemak menjadi buruan orang ramai. Menu ini sangat terkenal di Pahang.

Bulan Ramadhan ramai yang akan tercari-cari juadah berbuka puasa. Antara menu wajib setiap kali menjelangnya bulan Ramadhan adalah murtabak. . Murtabak Manja antara murtabak yang terkenal di Jerantut dengan keenakan dan ketebalan isinya.

Dodol kukus merupakan sajian kuih tradisional warisan orang Pahang ini sememangnya sangat istimewa. Rasanya yang lemak, manis dan kenyal ditambah pula dengan taburan tahi minyak menjadikan kuih ini punya rasa tersendiri dan enak sekali.

Pastinya anda merasa pelik apabila nama laksa Pahang disebut – sebut. Biasanya kita hanya pernah mendengar laksa utara, laksa Penang, laksa Kedah, laksa Kuala ataupun laksa Johor. Namun, jarang kita mendengar tentang laksa Pahang. Pahang juga mempunyai hidangan laksa yang tersendiri. […]

Hidangan Nasi Kebuli sangat terkenal di kawasan kampung sekitar Kampung Budu, Kuala Kenong, Jelai, Kampung Hulu, Tanjung Besar, Kuala Medang, Kampung Jeram Landak dan semua daerah di Kuala Lipis. Nasi Kebuli ini merupakan makanan tradisi masyarakat Pahang khususnya daerah Lipis […]

Sambal hitam Pahang adalah resipi turun temurun berasal dari negeri Pahang Darul Makmur yang amat popular dan digemari oleh kebanyakan penduduk negeri itu. Bagi mereka yang berasal dari negeri Pahang tengah, masakan sambal hitam merupakan menu kegemaran wajib selain dari […]

Negeri Pahang memang terkenal dengan makanan – makanan tradisional. Di setiap daerah mempunyai makanan tradisinya yang tersendiri. Antara makanan tradisional yang popular di negeri Pahang adalah seperti masak tempoyak ikan patin, sambal hitam, gulai asam rom, sambal petai tempoyak, gulai […]

Asam rong atau asam rum merupakan makanan tradisional bagi masyarakat di daerah jerantut, Pahangdan begitu popular di sekitar beberapa perkampungan di dalam daerah ini seperti di kawasan perkampungan kecil iaitu di Kampung Ulu Tembeling, Kampung Kuala Tembeling, Kampung Kuala Tahan […]