mcmc
Aktiviti Semasa

Aktiviti Semasa Pusat Internet 1 Malaysia Kg Batu Embun

AKTIVITI BERSAMA PELAJAR SEKOLAH DI WAKTU CUTI PERSEKOLAHAN

Bermula pada 18 Mac yang lalu, cuti sekolah bagi penggal yang pertama telah bermula selama seminggu. Sepanjang cuti sekolah tersebut, kami pihak PI1M Kg Batu Embun telah mengadakan beberapa aktiviti bagi memenuhi masa lapang para pelajar.

Antara aktiviti yang telah diadakan sepanjang musim cuti sekolah:

1) Pertandingan Poster Kreatif E-Sisa

DSCN1616.JPG  DSCN1620.JPG

DSCN1630.JPGxDSCN1632.JPG

2) Kuiz Klik Dengan Bijak (KDB)

3) Taklimat mengenai E-Sisa

 

 

KELAS KURSUS ASAS KOMPUTER BELIA LEPASAN SPM 2016

Pada awal tahun 2017 ini, kami pihak Pusat Internet 1 Malaysia Kg Batu Embun mengalu-alukan para belia yang baru sahaja tamat persekolahan atau selesai menduduki peperiksaan SPM pada tahun 2016 untuk menjalani kursus asas komputer di Pi1m Kg Batu Embun, Jerantut.

Tujuan utama kami mengadakan kursus asas ini adalah untuk memantapkan lagi para belia lepasan SPM dalam penggunaan utama komputer seperti Microsoft Office (Word, Powerpoint & Excel). Dengan adanya kursus seperti ini, para belia lepasan SPM dapat menjadikannya sebagai satu langkah bagi memantapkan lagi dalam penggunaan Microsoft Office ini ketika melakukan kerja kursus di peringkat STPM, Diploma, Matrikulasi mahupun Ijazah kelak.

Untuk maklumat lanjut sila kunjungi Pusat Internet 1 Malaysia Kg Batu Embun, Jerantut.