mcmc
Aktiviti Semasa

PROGRAM KDB SK PULAU TAWAR 28 MEI 2015

Pada 28 Mei 2015 yang lepas, Pusat Internet 1 Malaysia Kg Batu Embun telah mengadakan Program Klik Dengan Bijak bersama para pelajar Sekolah Kebangsaan Pulau Tawar.  Program ini melibatkan 6 Pusat Internet 1 Malaysia iaitu Pusat Internet Batu Embun, Pusat Internet Pulau Tawar, Pusat Internet Padang Piol, Pusat Internet Jerantut Feri, Pusat Internet Bukit Dinding dan Pusat Internet Tekam. Seramai 200 orang murid yang terlibat di dalam program ini.  Program tersebut diadakan di dewan SK Pulau Tawar. Program ini melibatkan pelajar dari dua fasa iaitu fasa pra sekolah dan fasa pelajar tahun 1 hingga tahun 5.  Program tersebut diadakan selama dua jam iaitu bermula dari pukul 8 pagi dan berakhir pada pukul 10 pagi.

Antara tentatif program yang diadakan ialah ;

1.  penerangan mengenai program tersebut kepada murid dan guru sekolah

2.  pertandingan mewarna logo klik dengan bijak berserta gambar computer bagi pelajar pra sekolah

3.  sesi soal jawab bersama pelajar tahun 1 hingga tahun 6
3.  penyampaian hadiah.  

Para guru dan murid yang terlibat di dalam program itu diterangkan mengenai kempen klik dengan bijak dan diberikan sijil penghargaan oleh pihak Pusat Internet 1 Malaysia.

Penganjuran program ini bertujuan untuk mendedahkan kepada para pelajar tentang penggunaan internet dan langkah-langkah Klik dengan Bijak ketika melayari laman sosial.