mcmc
Aktiviti Semasa

PROGRAM KLIK DENGAN BIJAK TABIKA KEMAS KUALA TEH

PROGRAM KLIK DENGAN BIJAK – TABIKA KEMAS KUALA TEH

Pada 19 Mei yang lepas, Pusat Internet 1 Malaysia Kg Batu Embun telah mengadakan Program Klik Dengan Bijak bersama para pelajar Tabika Kemas Kuala Teh.  Seramai 20 orang murid yang terlibat di dalam program ini.  Murid yang terlibat terdiri dari murid yang berumur 4 hingga 6 tahun.  Program tersebut diadakan selama satu jam setengah iaitu bermula dari pukul 10.00 pagi dan berakhir pada pukul 11.30 tengahari

Antara tentatif program yang diadakan ialah ;

1.  penerangan mengenai program tersebut kepada murid dan guru tabika
2.  pertandingan mewarna logo klik dengan bijak berserta gambar komputer
3.  penyampaian hadiah.  

Para guru dan murid yang terlibat di dalam program itu diterangkan mengenai kempen Klik Dengan Bijak dan diberikan sijil penghargaan oleh pihak Pusat Internet 1 Malaysia Kg Batu Embun.