
𝐌𝐲𝐒𝐞𝐣𝐚𝐡𝐭𝐞𝐫𝐚: 𝐉𝐚𝐧𝐣𝐢 𝐓𝐞𝐦𝐮 𝐃𝐢𝐠𝐚𝐥𝐚𝐤𝐤𝐚𝐧, 𝐖𝐚𝐥𝐤-𝐈𝐧 𝐃𝐢𝐭𝐞𝐫𝐢𝐦𝐚
Bagi melancarkan pengurusan pesakit dan mengurangkan kesesakan di fasiliti kesihatan, orang ramai digalakkan menggunakan sistem janji temu melalui aplikasi MySejahtera.
Penggunaan sistem janji temu ini membolehkan:
Pengurusan janji temu yang lebih teratur
Pengurangan tempoh menunggu
Perancangan waktu lawatan ke fasiliti kesihatan dengan lebih baik
Walaupun sistem janji temu merupakan kaedah utama, perkhidmatan walk-in masih disediakan, khususnya bagi kes kecemasan, warga emas serta golongan yang mempunyai kekangan akses kepada teknologi. Pesakit tanpa janji temu tetap akan dilayan tertakluk kepada proses penilaian awal (triage).
KKM memahami bahawa akses teknologi adalah berbeza bagi setiap individu. Sehubungan itu, perkhidmatan walk-in tetap diteruskan bagi memastikan akses kepada rawatan kesihatan yang adil, saksama dan inklusif untuk semua lapisan masyarakat.
#KKMPrihatin#SihatBersama#MalaysiaSihat#MADANIBekerja#RancakkanMADANI
Sumber : https://www.facebook.com/kementeriankesihatanmalaysia